Friday, 8 July 2016

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe) . . .


nEDMAh Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi dari bani Israel? hatta maupun kaum-kaum bani Israel SeDUNIA? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. JIKA ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja . . . !!!?

Tetapi bagi Yahudi ZIONIS (Mua'laf beragama Yahudi = yakni Kaum yakjuj dan makjuj makluk perosak), ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL ‘QURAN. 

Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam  sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam menurunkan 2 puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama ISLAM bukan seperti manasseh di negara China) akan membunuh Yahudi ZIONIS di Palestin.

Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (Manasye anak kepada Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam) bakal menyembelih Yahudi jahat (ZIONIS - Yahudi Kabbalah) di Palestin.

Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh (Manasye) di sebelah timur. Antaranya, sedikit di Afghanistan, sedikit di Pakistan Utara (Patan - Pashtun), sedikit di India, sedikit di Myanmar, sedikit China, sedikit di Jepun, sedikit di Western Samoa, sedikit di Tonga, sedikit di Ecuador, sedikit di Madagascar dan sedikit di Hawaii. Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).

Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Mua'laf Yahudi ZIONIS menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.

Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh (Manasye) adalah orang-orang Malayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Malayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN (Ethiopia JEWS). 

Jadi jika berpandu kepada kitab Yahudi TUA bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (Manasye anak Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam) yang bakal berada di barisan hadapan tentera KhalifahAllah Al Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta DUNIA. Dengan izin ‘Allah Ta’ala jua.


Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah MALAyu ini 'Bumi Mala'? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung DUNIA ?

Dari mana salasilah "Malayu". 

Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam?  

Kenapa?  

Al ‘MAHDI berasal dari darah keturunan Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam =  Ishak  +  Ismail  +  "Q" ?. .

Apakah itu "3 Mim"? 

Tiada NABI diutus ke Nusantara?

Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?

Malayu (Mala Ur) Agama JAWI


Siapakah Malayu? Dari manakah asalnya Malayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog (yAJUj dan mAJUj makluk perosak), terahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung DUNIA'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung DUNIA', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat . . . tidur dengan lenanya . . . senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri.

Tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka . . . dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?  Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung DUNIA' bangsa ini masih nyenyak tidur!

KETURAH, Ibu Malayu (Mala Ur)

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan 6 orang putera iaitu

Zimran,

Jokshan,

Medan,

Midian,

Ishbak dan

Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al ‘Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Malayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim AlayhisSalam melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Malayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Ada juga pendapat menyatakan bahawa MALAyu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Malayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Malayu sebagai Bani JAWI. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam ke situ, dan Keturah adalah orang Malai (protoMALA/MelayuTUA). Apa maknanya semua ini? 

Maksudnya, Malayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang SAMA. 

Tetapi siapakah Keturah?

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip KUNO, Keturah adalah isteri yang ke-3 Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Allah Ishak AlayhisSalam telah merayu Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor).

Akhirnya Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Malayu

Malayu diambil dari perkataan 'MALA' (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.


Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Malayu, sedikit di Sumatera, sedikit di Jawa, sedikit di Borneo, sedikit di Sulawesi dan sedikit di Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan PURBA yang diadaptasi dari tulisan Semitik PURBA (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik KUNO dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Malayu. JAWA dan BUGIS juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.

Agama rasmi Malayu adalah Agama JAWI. Agama JAWI adalah agama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam. JAWI dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam.

Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam di kalangan Bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota PURBA yang bernama JAWI (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

Keturah bukanlah MALAyu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Malayu, Keturah adalah daripada bangsa MALA. Malayu ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI ALLAH IBRAHIM AlayhisSalam). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa MALA. 

Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, Banjar, Bugis, JAWA, Kelantan dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal MALA. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.

Ini menerangkan Keturah berasal dari satu kerajaan PURBA yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam. (ada versi yang mengaitkan 'MALA' dengan 'Mon') tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Malayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Malayu ia adalah proses asimilasi MALA/Malayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina.

Perlu diingat Malayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Malayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya. Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Malayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan PURBA mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi' - menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang MALA mereka).

JIKA kita lihat DNA Malayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Malayu Kedah (mewakili kepada semua Malayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak?

Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam dan Keturah. Begitu juga Malayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. 

Namun Malayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam.

JADI jika kita menjejak Malayu dari susur galur Mala KUNO (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods - nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih TUA dari era Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.

JAWAB Soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Malayu pada abad ke-2 Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)??? 

Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di DUNIA sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland.

ADA misteri di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di DUNIA berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, dari manuskrip peta-peta KUNO lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manu-skrip PURBA).

Namun MALA bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Malayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik, Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja)? berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara MALAyu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka adalah Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Allah ADAM Alayhis Sallam. Ini kerana Nabi Allah Adam AlayhisSalam mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kajian setakat ini).

Kambuja, Aryan, Mala, Manessah (Manasye), 
suku Sakya dan Buddha

Bangsa MALA itu memang bukan dari Yahudi. Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehuda (Anak Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam yang berkomplot dengan abangnya Shimon (Simeon) untuk membunuh Nabi Allah Yusof AlayhisSalam).

Sedangkan hipothesis dari Ralph Olsen mengatakan Bangsa MALA ini dari Bani Menasseh (Manasye) anak kepada Nabi Allah Yusof AlayhisSalam ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puak 'Bani Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel.

Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro @bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. Kajian mengatakan Bahasa Malayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana itu, bangsa MALA yang sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Allah Yusof AlayhisSalam yang dibuang dalam perigi oleh saudaranya iaitu Shimon dan Yahuda.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa MALA ada "bloodline" dengan bani Menasseh (Manasye Keturunan Nabi Allah Yusof AlayhisSalam @Joseph), maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi.

Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel.

Firman Allah Taala: ‘(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: ‘Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?’ Mereka menjawab: ‘Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)’. (Surah 'Al ‘Baqarah  2: 133)

Firman Allah Taala: 'Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh'. (Surah  Al 'Ma’idah 5: 78)

Firman Allah Taala: ‘Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid (OneGod) sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.’ (Surah 'Ali `Imran 3: 67)

Samalah dalam kes pendita Yahudi (Yahuda) mengatakan bahawa Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam itu Yahudi, lalu Allah SubhanahuwaTa’ala tegaskan baginda bukan Yahudi. Mana tidaknya, Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam.

Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lembah Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin @Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Allah Yusof AlayhisSalam malahan di China pun ada keturunan bani Isarel yang dah bercampur dengan bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan, Mekong dan Indochina hinnga terserap dalam bangsa MALA (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam  yakni ISLAM). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng (Manasseh Kaifeng).


Jadi bani Israel merangkumi keturunan Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam turun kepada Nabi Allah Ishak AlayhisSalam lalu pada Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam dan turun kepada seluruh 12 anak Nabi Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam, jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat menTauhidkan Allah Ta’ala.

Kajian genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr. Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa MALA (rujuk website beliau, link: www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk menjejaki lost tribe di sebelah South East Asia region.

(KESIMPULANNYA): “Siapa yang berhenti menjejak Malayu hingga ke Vietnam = maka hanya itulah asal keturunannya.

 Jika ada yang mendakwa MalayuNya dari Yunnan 

= maka Yunnan lah MalayuNya itu.

Dan sesiapa yang berkata Malayu itu pernah tinggal di Tibet, di kaki gunung Himalaya, dia telah sampai ke separuh perjalanan bangsanya”  =  'Mim' . . .




Menjejak 10 Suku ‘Puak Bani Israel Yang Hilang’ - "Quest for the Lost Tribes" dokumentari oleh Simcha Jacobovici. Selepas serangan tentera Assyria ke atas bumi Israel pada tahun ke-8 SM, 10 puak Bani Israel yang mendiami bahagian utara telah dihambat keluar dari negara mereka. Sehingga hari ini, kepulangan mereka ke Baitul Muqaddis dinantikan setiap Muslim dan Ahli Kitab, sebagai petunjuk bermulanya era Akhir Zaman. Dan hari ini, perjalanan pulang mereka sudah pun bermula. Semoga perjalanan menjejak 'domba yang hilang' dari keluarga Daud Alayhis Sallam ini membuka mata Muslim berkenaan berita di dalam Taurat dan Injil tersebut: iaitu suku-suku dari Bani Simeon, Reuben, Issachar, Zebulun, Dan, Naphtali, Gad, Asher, Ephraim dan Manasseh. Time Of video: 09:23. The video explains the rest . . .

TA' KAN MALA Yur Hilang Di DUNIA . . .



MALA YU yg tak ada JatiDIRI tak kenal Sejarahnya Tunggulah kepupusan umat MALA YU. Kata-kata hangTUAH Ta’ MALA YU hilang Di DUNIA hanya akan menjadi dongengan sahaja. 

BIAR 1000 tahun air mengukir Batu TUAH tetap TUAH (MALAYU tetap MALAYU )

Penyatuan 4 bangsa ini (Hindia + Cina + Eropa + Arab Kuno) di kenal dengan nama Bangsa MALAI (yakni MALA YU Proto) = denganNYA lahirlah bangsa MALA YU hari ini (MALA YU Deutero).

Seperti namanya, Bangsa Malai bermukim di sekitar perbukitan (dataran tinggi). Asal Muasal Bangsa Malai Diperkirakan bangsa MALAI, bermula dari 4 bangsa, iaitu Hindia + Cina + Eropa + Arab Kuno:

hindia (sekitar tahun 6. 000 SM) +

Cina (sekitar tahun 4. 500 SM) +

Eropa (sekitar tahun 2. 500 SM) +

Arab Kuno (sekitar tahun 2. 200 SM) +

MALA YU diambil dari perkataan MALA (nama bangsa asas Keturah iaitu MALA/Mon), & sementara Yur pula diambil dari nama tempat asal-usul Nabi Allah Ibrahim Alayhis Salam, iaitu berhampiran dengan kota Babylon.

BuktiNYATA Setiap Salat umat MALA YU & seluruh DUNIA umat ISLAM do'a Ayat2 tahiyat ini seperti berikut: "kama- shallaita 'ala ibra-hi-ma wa 'ala a-li ibra-hi-m dan kama- ba-rakta 'ala ibra-hi-m wa a-li ibra-hi-m".

Keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Malayu, 
sedikit di Sumatera, sedikit di Jawa, sedikit di Borneo, sedikit di Sulawesi dan sedikit di Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Yahudi tua. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Malayu.

Agama rasmi MALA YU adalah agama JAWI. Agama JAWI adalah agama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam. JAWI sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepada Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam. Levi merupakan ketua Ulama & ketua Rahib bagi agama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam di kalangan Bani Israel.

Keturah (protoMALA) bukanlah MALA YU. Walaupun beliau melahirkan bangsa MALA YU (DeuteroMALA/MalayuMUDA). Keturah adalah daripada bangsa MALA/Mon.

Sekiranya kita lihat orang2 asli seperti Mahmeri & Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa MALA/Mon. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, MALAnau (Melanau), Bajau, Bugis, JAWA, Kelantan & seumpamanya adalah merupakan bangsa asal MALA/Mon. DNA bagi bangsa ini adalah 01m -19a.


Ayat2 Srikandi Sejarah :

Oleh itu jika kita beritahu anak kita yang bertanya,

“Orang Melayu sudah bina APA, Ibu?

Orang Mesir ada piramid,

Kita ada APA?”

Katakan padanya, orang Melayu dahulu bina Angkor Wat dan Cham Tower. Namun semua itu sudah berada di wilayah orang lain, dan jadi hakmilik orang lain. Tahukah anda di satu sudut di dalam Angkor Wat, terdapat ukiran 2 orang gadis berpakaian kebaya! Seni bina Angkor Wat adalah senibina warisan Funan. Orang Melayu juga telah bina Borobudur yang merupakan satu keajaiban. Jika orang Khmer berbangga dengan Bayon dan Angkor Wat yang punya panel relief yang banyak, di Borobudur lebih banyak panel relief ini malah seluruh Borobudur itu sendiri semacam satu bangunan geleri yang mempamerkan lukisan-lukisan!

Adakah Borobudur semata-mata dibina oleh orang JAWA? Majapahit?

SALAH SAMA SEKALI !

Borobudur dibina ketika era Srivijaya, jauh sebelum muncul Majapahit. Ketika itu Tanah JAWA dibawah pengaruh Srivijaya. Borobudur dibina oleh dinasti Sailendra yang berasal dari Sumatera. Dan istimewanya dinasti ini ada kaitan dengan pengasas kerajaan Angkor, Jayavarman II inilah yang membawa budaya dan seribina Sailendra-Srivijaya ke Komboja.

NAMPAK TAK DI SINI RAJA-RAJA DI ASIA TENGGARA ADA HUBUNGAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN SEPERTIMANA RAJA-RAJA EROPAH.

BACA lebih lanjut: Temubual bersama Srikandi http://riwayatmelayu.blogspot.my/2010/08/temubual-bersama-srikandi.html

AsasAsalUsulMalayu . . .


nEDMAh Pada masa Dinasti ke-18 kerajaan Fir’aun di Mesir (sekitar 1. 567 SM - 1. 339 SM), di pesisir barat pulau sumatera telah ada pelabuhan yang advanced (maju), dengan nama Barus.

Pelabuhan ini berkembang dengan baik, dikarenakan ada bangsa yang mengatur, serta menjaganya dari serangan bajak laut atau negara lain. Penguasa Pelabuhan Barus, dikenal dengan nama Bangsa Malai.

Malai dalam bahasa aryan Sanskrit, berarti bukit atau Gunung. Seperti namanya, Bangsa Malai bermukim di sekitar perbukitan (dataran tinggi). Asal Muasal Bangsa Malai Diperkirakan bangsa Malai, bermula dari 4 BANGSA, yakni: Hindia + Cina + Eropa + Arab Purba.

Hindia +

Cina +

Eropa +

Arab Purba.

Disingkat ACEH (sampai sekarang istilah ACEH masih dinisbatkan kepada keturunan Bangsa Malai yang tinggal di ujung utara pulau sumatera).

Bangsa yang pertama datang adalah Bangsa Hindia Malaya (Himalaya). Bangsa hi mALAYa merupakan interaksi antara Bangsa Hindia (keturunan Kusy keturunan Ham bin Nabi Allah Nuh AlayhisSalam), dengan Bangsa Malaya (keturunan Bangsa Malaya Purba, Atlantis/Sundaland (Penduduk Asli Nusantara), yang selamat dari bencana banjir NUH).

Pada awalnya mereka tinggal di kaki gunung Himalaya, sekitar tahun 6. 000 SM, mereka datang ke pulau sumatera. Mereka menyusul kerabatnya bangsa Polinesia (keturunan Heth keturunan Ham bin Nabi Allah NUH AlayhisSalam), yang telah terlebih dahulu datang, dan bertempat tinggal di bagian timur nusantara. 

Pada sekitar tahun 4. 500 SM, datang Bangsa Cina atau Bangsa Formosa (keturunan Shini keturunan Yafits bin Nabi Allah NUH AlayhisSalam). Bangsa ini membawa budaya Agraris dari tempat asalnya.

Setelah itu sekitar tahun 2. 500 SM, datang Bangsa Eropa atau Bangsa Trojan, Romawi Purba (keturunan Rum keturunan Yafits bin Nabi Allah NUH AlayhisSalam), mereka membawa Peradaban Harappa, yang dikenal sudah sangat maju.

Dan terakhir sekitar tahun 2. 200 SM, datang Bangsa Arab Purba atau Bangsa Khabiru (keturunan ‘Ad keturunan Sam bin Nabi Allah NUH AlayhisSalam).

Bangsa Khabiru adalah pengikut setia Nabi Allah Hud Alayhis Sallam, mereka datang dengan membawa keyakinan Monotheisme, (1 Tuhan/One God) di dalam masyarakat pulau sumatera.

Penyatuan ke - 4 BANGSA ini (Hindia + Cina + Eropa + Arab Purba) di kenal dengan nama Bangsa Malai (Bangsa Aceh Purba/MALAyu Proto), dengan mata pencaharian utama sebagai nelayan dan petani.

Perlu diingat, puak Manasseh yang datang ke Semenanjung Tanah Malayu pada 600 BC bukannya beragama Nabi Allah Musa AlayhisSalam. Bahkan mereka adalah beragama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam. juga, sama macam keturunan JAWI (Levi) yang berada di Champa sebelum itu. Ini kerana Book Of Mormon adalah kitab tentang agama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam dan bukannya agama Nabi Allah MUSA AlayhisSallam. hadis Nabi Shallallahu Alayhi waa Sallam. bahawa, tentera KhalifahAllah Al 'Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak.

Di alam Malayu, JAWI merujuk kepada agama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam. Bani JAWI yang menjadi rujukan Arab sebenarnya bermaksud keturunan Keturah.

Siapakah Keturah??? Keturah adalah isteri ke-3 Nabi Allah Ibrahim Alayhis Salam.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Allah Ishak AlayhisSalam. telah merayu Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa. Akhirnya Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH Ta'ala = 6 orang anak.

Nama anak-anak Keturah adalah: Zimran, Jokshan, Medan, Midian (Madian atau Media atau dalam bahasa arab 'Madyan), Ishbak dan Shuah Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Malayu. 

Malayu diambil dari perkataan MALA (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon), dan sementara Yur (Ur) pula diambil dari nama tempat asal-usul Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam, iaitu berhampiran dengan kota Babylon.

Keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Malayu, sedikit di Sumatera, sedikit di Jawa, sedikit di Borneo, sedikit di Sulawesi dan sedikit di Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan PURBA yang diadaptasi dari tulisan Yahudi TUA. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Malayu. 

Riwayat Nabi Allah Ibrahim Alayhis Salam ke Kampong CHAMhttps://www.youtube.com/watch?v=MTNegh8qWZE

Agama rasmi MALA'yu adalah agama JAWI. Agama JAWI adalah agama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam. JAWI sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepada Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam di kalangan Bani Israel.

Keturah bukanlah Malayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Malayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala/Mon. Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala/Mon. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, Bugis, JAWA, Kelantan dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala/Mon. DNA bagi bangsa ini adalah 01m -19a.


Bangsa Malai sebagaimana leluhur pertamanya Bangsa Himalaya, mendiami daerah dataran tinggi, yaitu di sepanjang Bukit Barisan (dari Pegunungan Pusat Gayo di utara, sampai daerah sekitar Gunung Dempo di selatan).

Bermula dari Bukit Barisan inilah, Bangsa Malai menyebar ke pelosok nusantara, seperti di Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Semenanjung Malaya, Siam, Kambujiya, Sunda, Jawa, Bali, Nusa Tenggara, Maluku dan Papua.

Bangsa Malai Pelindung nusantara Menurut para sejarawan, Bangsa Mongol begitu mendominasi daerah di sebelah utara nusantara.

Muncul pertanyaan, mengapa bangsa Mongol tidak sampai meluaskan kekuasaan sampai ke selatan, bukankah nusantara adalah daerah yang sangat layak untuk dikuasai?

Daerahnya subur, serta tersimpan beraneka bahan tambang seperti emas, timah dan sebagainya. Apa yang mereka takutkan? 

Jawabnya hanya satu, karena Nusantara ketika itu, dilindungi Bangsa Malai. Bangsa Malai dikenal memiliki kekuatan maritim yang kuat, dan balatentaranya memiliki ilmu bela-DIRI yang kuat.

pATANi RAYA . . .


Satu Bangsa di Pergunongan HiMALAYA iaitu PATAN,  PATAN ini lah juga TURUN GUNONG, bercampor keturunan KETURAH, Dan membina EMPAYAR PATANI RAYA yang berpusat di Segenting Kra.

Mereka bercampor dengan Champa membentuk lagi Empayar Langkasuka . . . 

Empayar Langka Suka ini . . .

APA KAH MAKNA NYA ?????

LANGKA itu lah TEMPAT Nabi Allah ADAM AlayhisSalam DITURUNKAN. Maka JUMHUR Ulama telah menetapkan bahawa Empayar Patttani itulah PATAN yang dimaksudkan.

(Ruj. Baba Zik Kerisik Pattani-Ulama DUNIA-2006M)

Siapa kah Siti Keturah/Qeturah ini ? ? ? ? ?.

Beliau adalah Isteri yang Ke 3 kepada Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam . . . Siti sarah menurunkan anak Nabi Allah Ishak AlayhisSalam, menurunkan DAN MENURUNKAN 12 PUAK iaitu:

Reuben, Simoun, Levi, Judah, Ishaachar, Zebulun, Dan, Naptali, Gad, Asher, Josepth (Nabi Allah Yusof Alayhis Sallam) dan Benjamin.

Manakah keturunan Nabi Allah Yusof Alayhis Sallam. Beliau menurunkan Manasseh dan Ebrahim . . . tetapi "HILANG". . . kerana Keturunan ini MEMELOK ISLAM !!!!. Dimana Tinggal nya . . . Mereka Tinggal di Pergunongan Himalaya.

Mereka ini lah yang membentuk Puak/Suku Kaum Afghan, Aryan, Pakistan, Patan, Khasmir, Burma, Utara Cina, Sedikit Jepun, Sedikit Cina, Sedikit Filipina, Sedikit Samoa, Sedikit Tonga, Sedikit Ecuador/Andes, sadikit Mandagaskar dan sedikit Hawai.

Mereka membangun membena Bangsa MEDES  >>> MADYAN.

Raja pertama nya ialah Raja Nebuchanezzar (Buktanazar) . . . Raja ini lah mencantumkan Bangsa Medes, Caldea dan, Parsi Kuno >>> Madyan . . . Dari mana kah datang bangsa ini ? ? ? ? ? ?

Dari Heth bin Kanaan bin Ham bin Noh AlayhisSalam  . . . Selepas BANJIR BESAR SELAMA 400 tahun, PUAK ASAL Sumirria, Akhodia, Asyria dan Babylon Kuno LENYAP !!!!.

Etnik Ham telah ke Afrika dan membentuk generasi yang menurunkan Negro . . . 

Yatif/Jepteth  . . . Ke Eropah, menurunkan Bangsa Bangsa Eropah . . .

Manakala etnik Sam ke Asia . . . . Pergunongan Himalaya menurunkan Nabi Allah HUD AlayhisSalam  . . . BERPINDAH KE . . . YAMAN. Sebahgian keturunan ini lah yang membentuk Bangsa Asli KUNO yang tinggal di Pergunongan Himalaya.

Tamadun mALAyu PURBA ‘CHAMPA’ . . .

Champa boleh dikatakan sebagai sebuah tamadun bangsa yang dilenyapkan. Sejarah tamadun ini sungguh sadis jika kita teliti.

Di mana daripada berdiri seawal abad pertama masihi sehinggalah penghujung abad 19, saat kejatuhannya, 1800 tahun telah berdiri dan akhirnya cuba dipadamkan kewujudannya oleh pemerintah Vietnam.

Sehinggakan hari ini, orang Malayu tidak pernah mengenali sejarah nenek moyang mereka. Bila disebut mengenai Champa, mereka2 akan ternganga.

Ya, buku teks sejarah ada menceritakan mengenai Champa, tetapi sekadar sepintas lalu tanpa menceritakan pun atau mengaitkan kerajaan ini dengan entity yang bernama Malayu.

Dalam sub-topik kerajaan-kerajaan Malayu terawal ini, kita akan bercakap mengenai asal-usul Champa itu, kemudian kita akan menyentuh mengenai Perang Champa-Sui, kemudian kita akan memetik mengenai sejarah peperangan Champa-Mongol.

Asal-Usul Champa

Kajian linguistik menunjukkan bahwa orang Malayu Champa ini datangnya daripada Kepulauan Borneo melalui laut.

PERTAMA: Mereka tiba dalam lingkungan 1000 B.C daripada Borneo dan mula mendirikan penempatan dari sungai yang mengalir tinggi di mana memberi kelebihan kepada kerajaan mereka yang akan didirikan itu kerana bentuk muka buminya memberi pulangan seperti hasil hutan untuk didagangkan dengan negara-negara luar kelak.

Ke-2: Tradisi Cham mendapati bahawa Kerajaan Champa ini diasaskan oleh seorang puteri bernama Po Nagar yang berkahwin dengan seorang putera daripada empayar China. Po Nagar telah melahirkan 2 orang anak dan menghilangkan diri ke lautan.

Rekod terawal yang mengatakan mengenai kewujudan ialah rekod daripada Dinasti Han seawall abad pertama sebelum masihi yang memperkatan tentang sebuah wilayah Han yang bernama Xiang Lin.

Orang MALAyu Champa yang berada di bawah jajahan Han mahukan kemerdekaan, lantas mereka mencetuskan perang dengan Han.

Ke-3: Akhirnya, mereka berjaya memenangi perang selepas beberapa siri peperangan lalu menubuhkan sebuah kerajaan yang pada lidah cina menyebutnya sebagai Lin Yi tetapi dikenali DUNIA sebagai Champa.

Pada tahun 448 A.D, Funan yang merupakan jiran Champa tidak berpuas hati dengan berdirinya kerajaan Champa lalu mengantar utusan ke China.

Raja Funan ketika Jayavarman meminta bantuan China untuk membantu mereka menjatuhkan Champa tetapi ditolak sama sekali oleh China yang memperakui kerajaan Champa.

Raja Jayavarman mendakwa bahawa raja Champa ketika Tan Ken Tchoven (sebutan cina untuk nama raja Champa ketika itu) adalah pemberontak.

Raja Cham ketika itu, Rudravarman telah menghantar utusan ke China, meminta prestij China untuk mengakui kewibawaan mereka.

Hubungan China dan Champa berjalan dengan baik sehinggalah pada tahun 543, di mana Champa telah memerangi China apabila berbeut wilayah Tonkin.

Ke-4: Selepas mengalami siri peperangan, Ton Kin berjaya dimenangi oleh Champa dan dicatatkan dalam Prasasti My Son walaupun China berjaya merampas kembali beberapa tahun selepas itu.

Perang Dinasti Sui-Champa

Dinasti Sui merupakan antara dinasti paling pendek jangka masanya dalam sejarah China namun Empayar ini sangat-sangat kuat. Bayangkanlah Dinasti Sui mampu kembali menyatukan Negara China yang berpecah belah ketika era Dinasti Utara dan Selatan (420–589 Masihi).

Maharaja pertamanya ialah Maharaja Yang Jian memerintah pada tahun 21 Julai 541 sehingga 13 Ogos 604. Mangkatnya Maharaja Yang Jian diganti oleh anak yang ke-2 Maharaja Yan Jian iaitu Yang Guang.

Ketika penabalannya, anak sulung kepada Maharaja Yang Jian tidak bersetuju dengan naiknya beliau sebagai Maharaja Dinasti Sui lalu melakukan pemberontakan.

Maharaja Yan Guang berjaya mematahkan pemberontakan oleh abangnya. Selepas itu, Maharaja Yan Guang mahu mengembalikan kegemilangan Negara China ketika di bawah pemerintahan Dinasti Han.

Caranya ialah Maharaja Yan Guang harus menawan kembali wilayah-wilayah di bawah Dinasti Han dahulu yang sangat luas . . . antaranya ialah Kerajaan Malayu Champa dan Kerajaan Goguryeo di Semenanjung Korea yang telah jatuh.

Kita tinggalkan kisah epik peperangan armada tentera Dinasti Sui bertempur dengan armada askar Bangsa Korea.

Kita jelajah kisah yang lebih epik daripada itu . . . kisah bagaimana TEWASNYA sebuah empayar besar dari Timur kepada Bangsa Malayu. Empayar yang digeruni oleh seluruh bangsa di DUNIA pada ketika itu. Empayar China di bawah Dinasti Sui.

Peperangan Sui-Champa ini bermula apabila Maharaja Yuan Guang mengarahkan Jeneral Perang mereka, Liu Feng untuk mengetuai tentera mereka menyerang orang Malayu Champa yang kerajaan mereka terletak di Selatan Vietnam pada hari ini, ketika orang Malayu masih lagi RULING CLASS di Indochina melalui 2 kerajaan hebat mereka, Champa dan FUNAN.

Dinasti Sui menghantar 10 000 tentera berjalan kaki, tentera berkuda, dan beberapa ribu lagi tentera lain dari bahagian yang berbeza yang dipimpin oleh 3 orang jeneral perang iaitu Ning Changzhen, Li Yun, dan Qin Xiong.

Liue Feng pula memimpin ribuan lagi armada laut China bersama pembantunya, Li Gang.

Askar Champa pula lengkap dengan bala tentera bergajah dan tentera badak sumbu yang dijinakkan. Pada awal peperangan, China berjaya menghambat askar Champa namun berjaya dibalas kembali oleh askar Champa.

China kemudian menggunakan pasukan askar berpanah untuk menagangi armada gajah Champa. Champa yang diibaratkan sebagai El Dorado Asia, kaya dengan emas dan bahan-bahan perdagangan akhirnya telah kehilangan Bandar mereka, Vijaya.

Raja Champa ketika itu lari ke bahagian pergunungan untuk kembali menyusun askarnya. Namun yang menjadi mangsa ialah dayang-dayang istana dan juga anak dara Champa yang telah dirogol sewenang-wenangnya.

Rumah-rumah di Vijaya telah dibakar oleh askar China. Namun ketika askar China sedang berseronok, mereka dilanda wabak penyakit mungkin akibat perbuatan jahat.

Kebetulan ketika itu, raja Champa telah membawa askar-askar mereka untuk menyerang kembali askar China dari Dinasti Sui. Mereka berjaya memenangi pertempuran itu dan membina kembali kota Vijaya yang merupakan pusat peme-rintahan mereka.

Beberapa orang pegawai China mati dibunuh. Kemudian utusan telah dihantar kepada China untuk menyuruh China mengaku kesalahan mereka dan meminta maaf. China tunduk dengan permintaan Champa.

Pada zaman pemerintahan Tang, konflik sekali lagi berlaku antara China dan Champa. Para menteri China ketika itu berang dengan keangkuhan Champa dan telah menyuruh mahajara China zaman Dinasti Tang, Li Shimin mengerahkan armada Tang untuk menyerang Champa namun maharaja China itu menolak.

Ke-5: Alasannya kekalahan Sui kepada Champa harus dijadikan pendoman kepada Tang dan sekiranya mereka tumpas, itu satu tamparan hebat kepada Empayar Tang yang sangat luas itu.

Perang Champa-Mongol

Empayar Mongol merupakan sebuah empayar yg sangat hebat pada zamannya. Dikatakan bahawa armada askar Mongol dikatakan tidak terkalahkan. Bukan satu dua empayar yang terkalahkan oleh Empayar Mongol. Empiayar China dan Tamadun Islam ialah salah satu daripadanya.

Pada hari ini terdapat belasan negara yang duduk di bawah pemerintahan Mongol sekiranya empayar hebat ini masih bertahan. Antaranya ialah Crotia, China, Hungry, Iraq dan sebagainya.

Apa yang menarik mengenai Mongol ialah kehebatan mereka menimbulkan satu ungkapan yang mana tersebar ke seluruh DUNIA.

“Jika kalian mendengar askar Mongol itu kalah dalam peperangan, jangan percaya!”

Eropah, Arab dan China serta bangsa Korea gagal untuk menewaskan BALA dari TIMUR ini. Tetapi, percayakah kalian bahawa empayar ini kalah di Asia Tenggara yakni Nusantara?

Ada kisah yang entah kenapa buku sejarah kita tidak menceritakan bagaimana bangsa Mongol dihalau oleh nenek moyang kita semua.

Ketika bangsa arab di barat pening kepala untuk menangani amukan Mongol, ketika bangsa cina di Tanah Besar menjadi hamba mongol manakala anak dara di eropah tidak tidur lena tatkala mendengarkan nama Mongol, namun Mongol bukan tandingan nenek moyang kita ketika itu.

Ketika itu, perdagangan antara China dengan negara-negara seperti India, Barat, Turki Uthmaniyah dikawal oleh Champa. Champa bertindak sebagai orang tengah disamping kerajaan jiran Champa iaitu Dai-Viet atau dikenali ketika itu dengan nama Annam.

Laluan rempah inilah yang mahu dikuasi oleh Kublai Khan ketika itu. Sebuah ekpedisi ke bumi IndoChina ketika itu dirancang oleh Kublai Khan. Terdapat 2 buah kerajaan iaitu Dai-Viet milik bangsa Viet pada hari ini dan juga Champa milik orang Malayu.

Perang ini menyaksikan bagaimana Dai-Viet dan Champa yang sering berperang bersatu di bawah panji melawan sekurang-kurangnya 500 000 askar Mongol yang dihantar Kublai Khan untuk menawan bumi IndoChina ketika itu.

Dalam beberapa siri pertempuran sepanjang perang itu berlaku, Putera kerajaan Dai-Viet telah memimpin barisan askar campuran Viet-Champa.

Ke-6: Tran Hung Dao dikatakan memimpin 300 000 orang askar campuran menghalau tentera manakala terdapat juga puluhan ribu askar Champa berkawal di kaki gunung, menunggu untuk memberi serangan mengejut ke atas armada Mongol yang akhirnya berjaya dihalau kembali ke tanah mereka.

Pada tahun 1281, menyaksikan Mongol masih belum menyerah kalah, maka dihantarnya 100 armada kapal untuk menjatuhkan Mongol. Diceritakan bagaimana seorang panglima Mongol ketika itu yang bernama Sodu berjaya menawan kota Vijaya.

Ke-7: Namun, tidak lama apabila askar-askar Mongol akhirnya berjaya dikalahkan kembali Champa melakukan teknik serangan gerilla melawan Mongol. Seperti biasa Mongol akhirnya tewas dalam pertempuran ini.

Apa Yang Patut Dikenangkan Melalui CHAMPA ?

Sejarah Champa yang gah pada awalnya dengan kegemilangannya akhirnya terpaksa merempat di bumi mereka sendiri, dihambat oleh para pendatang seperti Khmer, Viet dan Thai yang lari daripada China lalu menubuhkan kerajaan mereka di bumi Malayu seperti IndoChina.

Dulu, Champa ini gemilang . . .  

Ke-8: ZAMAN Kegemilangannya menyaksikan Champa mengawal laluan perdagangan antar China dengan Kepulauan Malayu dan Kerajaan Islam Abbasiyyah.

Champa menyaksikan mereka menjadi seorang pembina yang agung. Mereka meninggalkan banyak candi-candi yang sungguh hebat binaan mereka. Candi My Son di Vietnam yang cukup mengangumkan para pengkaji sejarah.

Bahkan tamadun ini sangat berbeza dengan saudara Malayu mereka yang lain yang tidak suka mencatat sejarah mereka. CHAMPA MENINGGALKAN KEPADA KITA 98 PRASASTI DALAM BAHASA MALAyu KUNO.

29 Prasasti di dalam dwi bahasa, bercampur antara bahasa Malayu kuno dengan Sanskrit. Bahkan Champa ini sebenarnya antara merupakan negeri Malayu yang terawal yang menerima ISLAM.

Namun, gemilangnya mereka sangat sadis jika dikenangkan ketika mereka jatuh. Mereka dihambat oleh penjajah dan bangsa pendatang.

Walaupun mereka pernah bangkit sebentar di bawah kepimpinan seorang putera bernama Cha Bo Nga, namun Cha Bo Ngar dibunuh oleh orang kanan dan kisah ini diabadikan dalam Syair Siti Zubaidah dan Sultan Zainal Abiddin di dalam syair itu merujuk kepada Cha Bo Ngar.

Apa-apa pun, kegemilangan tamadun ini ketika berdepan dengan Sui dan Mongol harus dipuji.

Kisah bagaimana mereka mampu membuatkan Dinasti Han (ketika mula diasaskan), Dinasti Sui, Tang dan Mongol tunduk harus dikenang sebagai sebuah mercu tanda bahawa kita pernah maju dahulu, kenapa tidak sekarang?

Sesungguhnya, kita adalah bangsa bertamadun. Bukannya bangsa yang bercawat sebelum berdirinya Melaka!

Rujukan:

1. Andrew David Hardy, Mauro Curazi Patrizia Zulese. Champa And The Archaelogy of My Son (Vietnam). NUS PRESS. 2009. Page 45

2. Oscar Chapuis. A History Of Vietnam from Hong Bang tu To Dac. 1995.

3. Southeast Asia: Historical Encyclopedia. p. 34

4. Paul Michel Munez. Early Kingdom Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula. 2004. P. 97 – 98.

5. Denis Crispin, Twichot, John Kingairbank. The Cambridge History Of China. p. 109

6. Philips, Charles and Alan Axerald. Encyclopedia Of Wars: Volume 3.

7. Paul D. Buell. Mongol in Vietnam: End Of One era, Beginning of Another.

8. Le’ Thanh Khoi. Histoire du Vietnam. p.109

lsyarat Rasulullah ØµÙ„Ù‰ الله عليه وسلم




Sebelum kewafatan Baginda Nabi Shallallahu Alayhi waa Sallam, beliau pernah mengarahkan para Sahabat Radhiyallahu Anhu untuk menghantar Jemaah Dakwah ke Samudera kerana di situ ada kawan-kawan Nabi Shallallahu Alayhi waa Sallam.

Cuba fikir betul-betul (jika pengkaji sejarah ada akal), di mana di dalam DUNIA ini yang ada perkataan Samudera selain yang digunapakai oleh orang-orang Malayu. Tentulah secara rasionalnya kita akan cakap hadis ini merujuk kepada Jemaah Dakwah para-Sahabat yang dihantar ke Alam Malayu.

Kemudian saya nak tanya kepada pembaca budiman, apa yang dimaksudkan dengan "Kawan-Kawan Ku" yang dinyatakan dalam Hadis. Sekiranya orang MALAyu menganut agama 'sesatBarat', maka perkataan "Kawan-Kawan Ku" tidak akan disebut oleh seorang Kekasih ALLAH.

Di dalam Al 'Quran ada menegaskan bahwa, Nabi Muhammad Shallallahu Alayhi waa Sallam adalah sebaik-baik umat Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam (yakni sebelum diutus menjadi Rasul). Jadi maksudnya, orang Malayu menganut agama Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Ini dibuktikan dengan perkataan Masuk Jawi dalam kamus orang-orang Malayu.

Perkataan Masuk JAWI dan Tulisan JAWI (bukan tulisan Arab) telah digunapakai oleh orang-orang Malayu sejak sebelum kedatangan ISLAM lagi. Sekiranya Sahabat Radhiyallahu Anhu pernah sampai ke sini, jadi mesti ada buktinya. 

Apa buktinya ??? Ya !!! 

Memang ada bukti.

Bukti 1 – banyak Ulama mengatakan terdapat 60 lebih kubur Sahabat di kawasan MALAysia-Indonesia.

Bukti 2 – Kitab agama Islam di India menulis bahawa MALAysia telah di Islamkan oleh Sahabat Radhiyallahu Anhu, manakala Indonesia telah diIslamkan oleh Tabi'in (anak kepada Sahabat Radhiyallahu Anhu).

Bukti 3 – Kitab Kedah Tua mengatakan pada tahun 920 Masihi, terdapat jumlah Umat Islam yang sangat ramai di Kedah.

Bukti 4 – Arkaelogist MALAysia pernah terjumpa wang Zaman Rasulullah Shallallahu-Alayhi waa Sallam di Kuala Berang, Terengganu.

Bukti 5 – Kitab-kitab Kuning Lama orang-orang Malayu di tulis dalam bahasa PURBA.

lsyarat Rasulullah ØµÙ„Ù‰ الله عليه وسلم


Para-Sahabat Keluar ke Jalan Allah: Dahwah RIAU (Samudera)

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda Shallallahu Alayhi wa Sallam sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut.

Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang.

Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, dan 4 bulan.

Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.


RIAU (Samudera/Nusantara)

Petikan Bayan Imam Yusuf Rahmatullahi'Alaih: USAHA RASULULLAH Shallallahu Alayhi wa Sallam DAN SAHABAT Radhiyallahu Anhu DALAM KEHIDUPAN MADINAH.

Sahabat Radhiyallahu Anhu keluar 5 tahun: Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi Shallallahu Alayhi wa Sallam yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau 'Samudera' dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah).

(Dipetik dari kitab ‘Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara’, oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0).


lsyarat Rasulullah ØµÙ„Ù‰ الله عليه وسلم



Hubungan Nabi Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dengan bani Israel melalui pertalian perkahwinan dengan Safiyyah RadhiyAllahu`An`ha Keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam Isteri ke-11 Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam

Safiyyah Radhiyallahu Anha ialah perempuan kapada Hai, seorang dari keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam, saudara lelaki Nabi Allah Musa Alayhis Sallam. Pada mulanya beliau telah dikahwinkan kepada Salam bin Mushkan dan kemudian kepada Kananah bin Abi Haqiq ketika di Kheybar. Kananah telah terbunuh di dalam peperangan Kheybar dan Safiyyah telah di tawan oleh orang`orang Islam.

Apabila Dahya Kalbi  memohon kepada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam akan seorang gaji, beginda menyerahkan Safiyyah kepadanya.

Apabila perkara ini belaku, para Sahabat yang lain menemui Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dan berkata: “Wahai Pesuruh Allah! Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak`puak Yahudi dari bani Israel dari Madinah) akan merasa tersinggung melihatkan seorang anak perempuan ketua Yahudi dari bani Israel dijadikan orang gaji. Oleh itu kami mencadangkan beginda memperisterikannya.”

Nabi lantas memberikan bayaran yang sepatutnya kepada Dahya Radhiyallahu Anhu sebagai wang tebusan dan berkata kepada Safiyyah: “Kini  kamu sudah bebas, sekiranya kamu suka kamu boleh kembali kepada puak mu ataupun kamu boleh menjadi isteriku."

Sufiyyah menjawab: “Telah lama aku menunggu untuk bersama dengan tuan sejak aku seorang Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi Islam?"

Adalah dikatakan bahwa sekali Safiyyah ternampak di dalam minpinya sebagaimana daripada bulan jatuh kepangkuannya. Apabila beliau menceritakan mimpinya ini kepada suaminya Kananah, beliau telah dipukul dengan hebatnya pada mukanya sehingga mengakibatkan kesan 1 tanda di atas matanya.

Kenanah menyergah: “Nampaknya kamu berhasrat untuk menjadi isteri kepada Raja Madinah” Bapanya juga dilapurkan memukulnya sedemikian rupa apabila ia menerangkan mimpinya itu kepadanya.

Pada suatu ketika pula di dalam mimpinya beliau melihat matahari berada di atas dadanya. Apabila mimpinya ini dikemukakan kepada suaminya, dia berkata: “Kamu nampaknya sedang berharap untuk menjadi Permasuri Madinah.” Safiyyah berkata: “Aku dikahwinkan kepada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam ketika aku berusia 17 tahun."

Beliau datang untuk tinggal bersama`sama Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam ketika beginda sedang berkhemah di pangkalan pertama dari  Kheybar . Di pagi keesokan harinya beliau berkata kepada para Sahabat:

“Biarlah setiap orang membawa barang apa jua pun yang dia punyai untuk di makan.” Mereka semuanya pun membawa barang`barang makanan yang dipunyai mereka masing`masing seperti buah`buah tamar, keju, mentega dan sebagainya. Sehelai kain diperbuat dari kulit dihamparkan (saprah) untuk meletak makanan `makanan yang dibawa itu, lalu mereka semuanya duduk mengelilingi hamparan itu untuk berkongsi makanan itu bersama`sama.

Ini adalah Walimah untuk perkahwinannya itu. Safiyyah  Radhiyallahu Anhuma meninggal DUNIA pada bulan Ramadhan tahun 50 Hijrah berusia lebih kurang 60 tahun.

lsyarat Rasulullah ØµÙ„Ù‰ الله عليه وسلم

Umm-Al-Muminin Wives Of Muhammad Shallallahu Alayhi wa Sallam ‘Peace and blessings Of God be on him’ 1) Khadijah bint Khuwaylid   2) Sawda bint ZamÊ¿a   3) Aisha bint Abi Bakr  4)Hafsa bint Umar   5) Zaynab bint Khuzayma   6) Hind bint Abi Umayya   7) Zaynab bint Jahsh   8) Juwayriya bint al-Harith 9) Ramlah bint Abi Sufyan   10) Rayhana bint Zayd   11) klik sini Safiyya bint Huyayy 12) Maymuna bint al-Harith   13) Maria al-Qibtiyya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...