Friday, 8 July 2016

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe) . . .


nEDMAh Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi dari bani Israel? hatta maupun kaum-kaum bani Israel SeDUNIA? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. JIKA ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja . . . !!!?

Tetapi bagi Yahudi ZIONIS (Mua'laf beragama Yahudi = yakni Kaum yakjuj dan makjuj makluk perosak), ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL ‘QURAN. 

Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam  sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam menurunkan 2 puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama ISLAM bukan seperti manasseh di negara China) akan membunuh Yahudi ZIONIS di Palestin.

Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (Manasye anak kepada Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam) bakal menyembelih Yahudi jahat (ZIONIS - Yahudi Kabbalah) di Palestin.

Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh (Manasye) di sebelah timur. Antaranya, sedikit di Afghanistan, sedikit di Pakistan Utara (Patan - Pashtun), sedikit di India, sedikit di Myanmar, sedikit China, sedikit di Jepun, sedikit di Western Samoa, sedikit di Tonga, sedikit di Ecuador, sedikit di Madagascar dan sedikit di Hawaii. Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).

Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Mua'laf Yahudi ZIONIS menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.

Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh (Manasye) adalah orang-orang Malayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Malayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN (Ethiopia JEWS). 

Jadi jika berpandu kepada kitab Yahudi TUA bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (Manasye anak Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam) yang bakal berada di barisan hadapan tentera KhalifahAllah Al Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta DUNIA. Dengan izin ‘Allah Ta’ala jua.


Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah MALAyu ini 'Bumi Mala'? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung DUNIA ?

Dari mana salasilah "Malayu". 

Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam?  

Kenapa?  

Al ‘MAHDI berasal dari darah keturunan Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam =  Ishak  +  Ismail  +  "Q" ?. .

Apakah itu "3 Mim"? 

Tiada NABI diutus ke Nusantara?

Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?

Malayu (Mala Ur) Agama JAWI


Siapakah Malayu? Dari manakah asalnya Malayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog (yAJUj dan mAJUj makluk perosak), terahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung DUNIA'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung DUNIA', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat . . . tidur dengan lenanya . . . senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri.

Tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka . . . dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?  Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung DUNIA' bangsa ini masih nyenyak tidur!

KETURAH, Ibu Malayu (Mala Ur)

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan 6 orang putera iaitu

Zimran,

Jokshan,

Medan,

Midian,

Ishbak dan

Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al ‘Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Malayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim AlayhisSalam melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Malayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Ada juga pendapat menyatakan bahawa MALAyu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Malayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Malayu sebagai Bani JAWI. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam ke situ, dan Keturah adalah orang Malai (protoMALA/MelayuTUA). Apa maknanya semua ini? 

Maksudnya, Malayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang SAMA. 

Tetapi siapakah Keturah?

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip KUNO, Keturah adalah isteri yang ke-3 Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Allah Ishak AlayhisSalam telah merayu Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor).

Akhirnya Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Malayu

Malayu diambil dari perkataan 'MALA' (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.


Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Malayu, sedikit di Sumatera, sedikit di Jawa, sedikit di Borneo, sedikit di Sulawesi dan sedikit di Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan PURBA yang diadaptasi dari tulisan Semitik PURBA (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik KUNO dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Malayu. JAWA dan BUGIS juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.

Agama rasmi Malayu adalah Agama JAWI. Agama JAWI adalah agama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam. JAWI dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam.

Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam di kalangan Bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota PURBA yang bernama JAWI (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

Keturah bukanlah MALAyu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Malayu, Keturah adalah daripada bangsa MALA. Malayu ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI ALLAH IBRAHIM AlayhisSalam). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa MALA. 

Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, Banjar, Bugis, JAWA, Kelantan dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal MALA. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.

Ini menerangkan Keturah berasal dari satu kerajaan PURBA yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam. (ada versi yang mengaitkan 'MALA' dengan 'Mon') tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Malayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Malayu ia adalah proses asimilasi MALA/Malayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina.

Perlu diingat Malayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Malayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya. Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Malayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan PURBA mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi' - menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang MALA mereka).

JIKA kita lihat DNA Malayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Malayu Kedah (mewakili kepada semua Malayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak?

Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam dan Keturah. Begitu juga Malayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. 

Namun Malayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam.

JADI jika kita menjejak Malayu dari susur galur Mala KUNO (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods - nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih TUA dari era Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.

JAWAB Soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Malayu pada abad ke-2 Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)??? 

Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di DUNIA sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland.

ADA misteri di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di DUNIA berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, dari manuskrip peta-peta KUNO lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manu-skrip PURBA).

Namun MALA bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Malayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik, Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja)? berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara MALAyu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka adalah Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Allah ADAM Alayhis Sallam. Ini kerana Nabi Allah Adam AlayhisSalam mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kajian setakat ini).

Kambuja, Aryan, Mala, Manessah (Manasye), 
suku Sakya dan Buddha

Bangsa MALA itu memang bukan dari Yahudi. Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehuda (Anak Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam yang berkomplot dengan abangnya Shimon (Simeon) untuk membunuh Nabi Allah Yusof AlayhisSalam).

Sedangkan hipothesis dari Ralph Olsen mengatakan Bangsa MALA ini dari Bani Menasseh (Manasye) anak kepada Nabi Allah Yusof AlayhisSalam ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puak 'Bani Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel.

Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro @bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. Kajian mengatakan Bahasa Malayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana itu, bangsa MALA yang sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Allah Yusof AlayhisSalam yang dibuang dalam perigi oleh saudaranya iaitu Shimon dan Yahuda.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa MALA ada "bloodline" dengan bani Menasseh (Manasye Keturunan Nabi Allah Yusof AlayhisSalam @Joseph), maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi.

Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel.

Firman Allah Taala: ‘(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: ‘Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?’ Mereka menjawab: ‘Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)’. (Surah 'Al ‘Baqarah  2: 133)

Firman Allah Taala: 'Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh'. (Surah  Al 'Ma’idah 5: 78)

Firman Allah Taala: ‘Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid (OneGod) sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.’ (Surah 'Ali `Imran 3: 67)

Samalah dalam kes pendita Yahudi (Yahuda) mengatakan bahawa Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam itu Yahudi, lalu Allah SubhanahuwaTa’ala tegaskan baginda bukan Yahudi. Mana tidaknya, Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam.

Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lembah Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin @Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Allah Yusof AlayhisSalam malahan di China pun ada keturunan bani Isarel yang dah bercampur dengan bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan, Mekong dan Indochina hinnga terserap dalam bangsa MALA (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam  yakni ISLAM). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng (Manasseh Kaifeng).


Jadi bani Israel merangkumi keturunan Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam turun kepada Nabi Allah Ishak AlayhisSalam lalu pada Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam dan turun kepada seluruh 12 anak Nabi Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam, jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat menTauhidkan Allah Ta’ala.

Kajian genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr. Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa MALA (rujuk website beliau, link: www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk menjejaki lost tribe di sebelah South East Asia region.

(KESIMPULANNYA): “Siapa yang berhenti menjejak Malayu hingga ke Vietnam = maka hanya itulah asal keturunannya.

 Jika ada yang mendakwa MalayuNya dari Yunnan 

= maka Yunnan lah MalayuNya itu.

Dan sesiapa yang berkata Malayu itu pernah tinggal di Tibet, di kaki gunung Himalaya, dia telah sampai ke separuh perjalanan bangsanya”  =  'Mim' . . .




Menjejak 10 Suku ‘Puak Bani Israel Yang Hilang’ - "Quest for the Lost Tribes" dokumentari oleh Simcha Jacobovici. Selepas serangan tentera Assyria ke atas bumi Israel pada tahun ke-8 SM, 10 puak Bani Israel yang mendiami bahagian utara telah dihambat keluar dari negara mereka. Sehingga hari ini, kepulangan mereka ke Baitul Muqaddis dinantikan setiap Muslim dan Ahli Kitab, sebagai petunjuk bermulanya era Akhir Zaman. Dan hari ini, perjalanan pulang mereka sudah pun bermula. Semoga perjalanan menjejak 'domba yang hilang' dari keluarga Daud Alayhis Sallam ini membuka mata Muslim berkenaan berita di dalam Taurat dan Injil tersebut: iaitu suku-suku dari Bani Simeon, Reuben, Issachar, Zebulun, Dan, Naphtali, Gad, Asher, Ephraim dan Manasseh. Time Of video: 09:23. The video explains the rest . . .

5 comments:

  1. pandai lah buat cerita hangpa ni.. yang hilang 10 puak.. yang masih dikesan dua puak.. suku yahuda dan benyamin.. dulu kerajaan Israel ni berpecah dua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber mana hang dapat? at least penulis ada juga rujukan dia . Ang ? paihtu sesuka sempoi kalu duk kata kat org pandai buat cerita

      Delete
  2. keturunan yang dijanjikan untuk menghukum yahudi pulak bukan suku manasye.. tapi suku efraim..

    ReplyDelete
  3. Aku percaya nanti Zionist akan kalah dengan islam..masa nya telah dekat.. umur umat tak lebih 1500 tahun sejak meninggal nya rasullullah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...